Perkhidmatan membina laman web
Email: info@cakapniaga.com.my 
   Home      Google+


 


2104-10-03MYT16:15 [GMT+8]

Kenapa Seseorang Peniaga Perlu Memasarkan Perkhidmatan/Produk di Google+ ?

Google+ (disebut dan kadang-kadang ditulis sebagai Google Plus) adalah satu rangkaian sosial dan identiti perkhidmatan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Google Inc . Google+ telah diterangkan oleh Google sebagai "lapisan sosial" yang meningkatkan banyak data dalam talian, dan ia bukan semata-mata laman web rangkaian sosial, tetapi juga alat pengarang yang mengaitkan web kandungan secara langsung dengan pemilik/pengarang.

Ia adalah laman rangkaian sosial kedua terbesar di dunia selepas Facebook pada ketika ini (tarikh: 2014-09-28). 540 juta pengguna aktif bulanan adalah sebahagian daripada tapak perkhidmatan Bagi tujuan pengenalan, dengan berinteraksi secara sosial dengan ciri-ciri Google+ dipertingkatkan, seperti Gmail , butang +1, dan komen YouTube.

Apakah Keistimewaan Google+ ?

Setelah lebih setahun saya menggunakan Google+, tanpa saya sedari saya telah melaksanakan ke-empat empat perkara besar yang diperlukan oleh seseorang pemilik laman web, iaitu; Tuntutan Pengarangan (Authorship Claim), Optimumkan Enjin Carian (SEO ~Search Engine Optimization), Optimumkan Sosial Media (SMOSocial Media Optimization), dan Pemasaran Enjin Carian (SEM ~ Search Engine Optimization).

Apakah Maksud Tuntutan Pengarangan (Authorship Claim) ?

Mendapatkan wajah sendiri di sebelah kandungan kita sendiri dalam carian Google bunyinya seperti sesuatu yang mahal mahal, tetapi sebenarnya ia tidak mahal. Google telah memberikan penulis satu cara untuk mengesahkan kepada pembaca bahawa kandungan yang unik, sah, dan kekitaaan. Dan juga, dengan gambar kita sendiri di sebelah pautan, kita telah mendapatkan sesuatu makluman secara percuma di halaman keputusan carian Google, yang bertujuan membantu kita. Google mahu kita menuntut Hak Pengarangan sebagai pihak penulis terhadap kerja kita.

Sila rujuk www.google.com untuk melihat bagaimana Hak Pengarangan berwajah di halaman keputusan carian Google setelah ia berjaya dituntut setelah diluluskan oleh Google.

 

Apakah Itu Optimumkan Enjin Carian (SEO ~ Search Engine Optimization) ?

Pengisian semua data yang diminta di Google+ ABOUT yang merangkumi 8 kotak kandungan (Sortie) dengan maklumat yang sahih dan berkualiti sudah tentu dapat membantu halaman Google+ anda bakal diindekskan di keputusan carian enjin Google.

Dengan pengisian maklumat tentang siap diri anda, kenapa anda menyertai laman sosial Google+, atau dengan keterangan lain anda mampu menulis apakah Visi, Misi, dan Objektif adalah sesuatu usaha terbaik demi memperkasakan kezahiran anda di Google+ serta di halaman keputusan carian enjin Google.

Lagi pun, untuk mengoptimumkan enjin carian Google+ milik anda, anda juga disarankan supaya membuat kerja-kerja pengesahan bahawasanya laman Google+ milik anda benar sah milik anda di kacamata Google, anda dikehendaki mendaftar dan mengesahkanya di Google Webmaster Tools dan tindakan selanjutnya adalah untuk menghubungkan akaun Google Webmaster Tools dengan Google Analytics. Lihat imej-imej berikut;

Cakap Niaga VERIFICATION at Google Webmaster Tools

Cakap Niaga's Google Webmaster Tools linked to Google Analytics

Apakah Itu Optimumkan Sosial Media (SMO ~ Social Media Optimization) ?

Menghantar atau menerbitkan karangan berkualiti melalui 'Post' adalah satu usaha tepat bagi tujuan berkongsikan maklumat untuk dibaca oleh pelawat halaman Google+ anda dan sesuatu 'Post' yang bermutu bakal mendapat usaha perkongsian semula oleh pembaca samaada ke halaman Google+ pembaca itu sendiri atau mungkin mereka berkongsikan semula ke halaman sosial mereka yang lain-lainnya.

Apakah Itu Pemasaran Enjin Carian (SEM ~ Search Engine Optimization) ?
Demi mencapai tahap sesuatu 'Post' itu sebagai bermutu, sebelum mengarang anda disarankan semoga merujuk statistik di 'Google Trends' adakah apa yang anda ingin tulis menjadi bahan carian para pembaca di luar sana. Ini bertujuan bagi mengesahkan yang apa yang bakal ditulis sememangnya menjadi buruan para pembaca dalam mendapatkan bahan bacaan/maklumat yang benar berinformasi.

Disiplin-Pengarangan (Discipline-in-Writing) WAJIB diamalkan atau dipraktikkan semasa membuat sesebuah karangan di Google+. Sesebuah karangan yang nampak acuh-tak-acuh dalam menjaga tahap Disiplin-Pengarangan mampu membuat pembaca menilai tahap komitmen sesorang pengarang terhadap apa yang ditulis/taip. Merujuk kepada kata kiasan, ia seolah-olah; kerana warna ayam, ayam yang dijual tak laku.




Website tracking
Tracking ID: UA-84650552-1